Clik Like Sebagai Tanda Sokongan Untuk Blog Ini

Monday, December 17, 2012

Cinta aku belum pudar

Kalau dah masuk blog aku hehe kalau dah jiwang x sah orang cakap , cewahh tapi itu lah cara aku untuk meluahkan perasaan .. aku xthu sape yang layak untuk aku berkongsi cerita ni ... jadi ak rasa yang baca citer aku ni kot yang layak untuk mendengar luahan aku .. sampai sekarang aku single dan xpernah dimiliki oleh sesiapa pun selepas aku putus dengan ex aku sejak 1 tahun yang lalu ..

Hati aku tertutup untuk perempuan huhuhu tp xde la aku offer hati aku kat laki plak , gilorrr wehhh nabi x mengaku umat kalau mcm tuh tapi ape guna bercinta dengan orang lain tapi hati ni masih dekat ex aku . Jadi aku amik keputusan untuk menunggu bulan jatuh ke riba .. Tiada seorang gadis lagi yang layak bertahta depan mata aku or maybe ak yang buta xnmpak2 rezeki depan mata sebenarnya huhu ..

Aku ni bila berseorangan mudah nak menagis , lagi2 kalau tgk movie atau cerita about " LOVE " . aku masih dibayangi ex aku yang menjadi kisah pahid dalam hidup aku bila aku putus dengan dia masa raya haji tahun lepas ( 2011 ) . Macam mana aku bersedia untuk menghadapi exam dalam hidup aku dengan masa yang sama aku menghadapi masalah putus cinta ...

Hancur wei hati aku sampai hati ini , aku now hanya tahu untuk menagis je .. Malu jugak kalau fikirkan tapi itu lah dia .. Menagis dan terus menagis walaupun aku tahu dia bukan milik aku .. Aku xnmpak dia macam awek aku tapi aku nampak dia lah yang selayaknya menjadi " Calon Isteri " aku dan " IBU " kepada anak-anak aku serta " IDOLA " kepada keturunan aku .. sedihnya aku kehilangan dia :'(


Inilah aku yang terkini ... Baru lepas bersedih , snap gambar untuk pengubat hati yang lara..


Wednesday, November 14, 2012

Peneman...

Assalamaulaikum , hey guys thx yea coz sudi baca blog ni . Ari ni aku nak share sorang budak ni yang ala leh cakap baya-baya aku je pon haha agak bajet skit budak ni tapi sempoi . aku x kesah la sejarah silam dia macam mana pun , bagi aku manusia itu boleh berubah . dari jahat kepada baik dan mcm tuh lah sebaliknya . Macam mana Firman Allah , aku tidak akan mengubah sesuatu kaum itu melainkan jika kaum itu sendiri yang mahu mengubahnya . haaa tgk kan dah start ceramah aku yang x berbayar hahaha xde la aku nk cakap budak ni teruk atau ape pun , aku just nk maksudkan manusia itu boleh berubah je . balik pada citer aku kat budak ni hehe dia ni memang sempoi kalau dengan aku , kadang2 termakan hati gak dengan dia but sempoinya dia mesti ade cara dia nk betulkan keadaan . banyak gak masalah aku share dengan dia , smpai ak rasa dia ni mcm mrh kat aku je sebab bnyak pikirkan masalah ni hehehe . tu yang wat aku respect dia skit, walaupun aku dengan dia berjauhan tapi kita orang selalu contact kat FB or Skype je la . kalau Skype tuh haha memang rajin bebenor . dialah satu2 nya kawan aku and peneman aku yang aku rasa boleh menjadi someone untuk aku luahkan ape yang aku pendam selain family aku . ade gak aku citer kt kawan2 aku yang len tapi kt bdk ni memang aku rasa lebih selesa skit kot . maybe dia cakap aku ni bdk2 and dia konon nye matang sangat la kan tp ngek jugak hahaha .. anyway tuh je la pon aku nk mepek , hal len2 biarkanlah menjadi rahsia aku dalam hati ni .. jumpa lagi yea ... peace ~


Selamat Pengantin Baru

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia , hey guys thank coz sudi baca blog aku . Hampir 18 thn ak bersama dengan abg aku yang ketiga , akhirnya tiba giliran dia untuk mendirikan rumah tangga . Sekejap je hehe memang aku jarang luangkan masa dengan dia sebab time aku kecik dia masuk asrama so kadang-kadang je balik then bila aku besar sikit dia masuk Universiti plak haha then bila aku di usia remaja dia plak kerja dan kena bertugas ke Miri, Sarawak jadi memang hubungan aku dengan abang aku yang no tiga ni tak lah rapat sangat tapi walau bagaimanapun orang cakap air yang di cincang tidak akan putus . Dia tetap abang kandung aku dan dia lah tonggak harapan dalam keluarga aku . Now tiba giliran dia untuk mendirikan rumah tangga selepas abang aku yang pertama dan yang kedua . Nampaknya aku akan dapat seorang lagi kakak ipar yang comei la haha , alhamdulillah rezeki mak and ayah aku dapat menantu seorang pendidik . Korang semua jemput la datang rumah aku di perak ni oke pada 24 november 2012 . ajak la family sekali datang rumah hehe .. yang xthu alamat boleh PM facebook aku , nanti aku bagi tahu alamatnya . Anyway kepada abangku Amirul Alias , selamat mendirikan rumah tangga hingga ke anak cucu . Berikan seri pengantin mu kepada ku hahaha kemain aku ... Daaa ~


Monday, November 12, 2012

Rindu Dia?

Assalamualaikum , adakah aku sedang dilamun rindu ? atau aku cuba menyakitkan hati aku sekali lagi untuk teringat dekat dia ? kepada ye aku buat macam ni ? kadang-kadang aku terasa diri aku ini bodoh sebab mengharapkan bulan jatuh ke riba . Sehingga hari ini aku masih belum dapat mencari seorang gadis yang boleh menambat hati aku ni , yang aku akan teringat mesti si Dia yang sudah jauh meninggalkan aku keseorangan . Dia pun dah ade someone yang dia sayang , aku hanya mampu untuk mengalirkan air mata yang entah bila mampu terubat hati ini . memang la ade yang cakap cinta monyet la , ape la tapi bagi aku kalau kita tak mencarinya now bagaimana dengan suatu hari nanti . Adakah salah aku sehingga dia dah lupakan aku ataupun sebenarnya memang aku tak layak untuk berada di hatinya . Dia cakap aku akan jumpa jodoh aku satu hari nanti , dia pun dah ade orang yang dia sayang dan dia pun xnk kehilangan orang yang dia sayang itu tapi aku , aku ni hanya mampu menanti dan terus menanti sesuatu yang belum pasti menjadi satu realiti dalam hidup aku . Awak , sye sayang awak dan sye xnk awak pergi dalam hidup saya tapi awak pergi jugak tinggalkan saya kan hmmm kemana lagi 
saya nak mengharapkan cinta seorang gadis yang mampu merawat luka ini dan lupakan awak ?


Wednesday, August 1, 2012

Mata Berair

Assalamualaikum dan Salam 1 Malaysia ...
HAHA lama aku dah xupdate blog nie kan ,
maklum la duk sibuk dengan urusan aku jew
sampai blog ni dah berserepah tp xpe la
aku kan memang malas nk kemas2 dah skrang
memang dah xde masa nk wat macam mana

aku just nk share dengan korang ,
yang aku ni ade minat kat sorang budak pompuan niw
tapi entah la , aku rasa dia xminat aku pun
sape la aku ni .. lagi pun kami ni duk jauh2 ..
dia duk kat penang and pernah jadi awek aku
kira now dia tuh ex aku la hmmm
putus pun sbb ak ni sibuk la , bkn ape pun
tp entah la ..
aku kdng2 pikir je pasal dia atau terlitas je pasal dia
mesti mata ni berair ..
xde la nagis un tp mmg x dpt nk tipu la kan ,
berair je mata ni menahan sebak kerinduan ..

Ya Allah , kalau dia milik aku
kau perihala la dia dengan sebaik-baik nya
semoga kami akan bahagia bersama
tapi
jika dia bukan di takdirkan untuk ku
kau tabahkan hati ini untuk terus mencari
siapa yang telah engkau tulis untuk diriku ini ..
Amin Ya Allah ..



Saturday, July 21, 2012

Selamat Menyambut Bulan Ramadhan


Assalamualaikum buat semua pembaca blog jiwang ni ngeh ngeh ngeh ...
Malas nak update banyak2 , just nk cakap selamat menyambut Ramadhan buat semua
umat Islam yang meraikannya . Puasa biar penuh , yang dpt special cuti uh , share2 la skit ..
HAHAHA .. Bye ..


Saturday, March 31, 2012

Ikhlas Dari Hati



Dia wanita yang aku sayangi
Dia wanita yang aku cintai
Dia wanita yang aku rindui
Dia juga wanita yang dapat membuat air di mata ini boleh mengalir.

Pelik kan , aku ni dh xde ape2 dgn dia so wat pe aku nk sedihkan
tp tu la yang terjadi skrang ni ..
entah kenapa , air mata aku ni rjin plak nk mengalir
ni semua lepas aku baca blog dia .. hmm setiap kali aku rindu dia
mesti aku akan baca blog dia dan senyum sorang2
tp kali ni mungkin berubah sikit ..

aku still snyum baca tp kali ni diiringi dengan air mata aku
yang sudah lama tak mengalir untuk sape2 pun ..
Kenapa aku nk mengalirkan air mata plak ek ?
bukan ak redho ke dia bukan milik aku lgi hmm

entah la , aku pun tak faham
aku nk jumpa dia tp dia mesti xnk jumpa aku kan
siapa la aku ni di hati dia yang pernah buat dia derita sbb aku
tp xpe la .. kalau nk cri org len aku rasa blum lgi kot
hati aku x bukak untuk sape2 lgi

cuma ak x sangka yang air mata aku mengalir
lepas baca blog dia tuh .. knp dia wat mcm nih ??
awk , sye tunggu awk sbnrnya tp sye tkt nk luahkan kt awk
sye tkt awak ckp , awk akan derita lgi bila dgn sye
tp awk sye syg awk !

p/s : maybe sbb tu ko dia remove friend dgn aku .. sbb dia dah ade org len ~ :')



Monday, March 26, 2012

Budak Comei

hehe comei x budak nie ??
awek aku ke ni ?? #opss HAHA bukan la ..
Ini la dia adk angkat aku , comei kan dia haha tu pasal jadi adk aku kot ..
Budak ni pun nama dia Farahana jugak haizz nama sama dengan Ex aku
kebetulan dorang ni memang kenal tapi bdk ni xpernah aku hubungan ape2 dengan aku
melainkan sebagai adk angkat aku jeh HAHA
Kisah perkenalan aku dengan dia ni lawak sikit and x perlu kot aku ceritakan .
Kita orang pernah gaduh , bermasam muka and x bertegur dah taw HAHA
tapi now dh oke balik .. Dia xpernah cakap xnk jadi adk angkat aku dah
walaupun aku pernah bergaduh dengan dia smpai buat dia nagis
and maybe dalam tempoh yang lama kami x bertegur tuh , aku ingat dia
xnk terima aku jadi abg dia so aku pun buat x thu je la tapi
time dia buntu nk pilih aliran , akulah yang dia cari untuk dptkan pendapat

Budak ni anak sulung and now dia Form 4 ..
so memang bnyak la tanya pendapat kat aku sebab aku kan abg dia HAHA
dia pernah couple and now dia single dah HAHA korang xle masuk line
sebab dia cakap dia putus pun sebab dia nak fokus pada belajar dia
and dia nk dapatkan banyak A+ dlam SPM nanti ..
Ni pun tanggungjawab dia sebagai anak sulung kan HAHA ..
bagus la adk aku ni , berpikir macam ni so korang jgn ngorat dia lagi
Tunggu la dia abis SPM , bru ngorat okeh HAHA
kalau dia nk korang lahh ..

AKu dengan dia bnyak share masalah so x mustahil la kalau kita org rapat
now aku dah lama tak jumpa dia . insyaallah ade masa nanti , aku nk jumpa dia
dia pun mcam touching dengan aku sebab dah lama tak jumpa dia
HAHA abg kesayangan la katakan .. cewahhh#
Abg sayang sangat kat adk taw hehe ..
anyway ini la adik angkat aku ^_^


<

My Family

Author


 

Story With You. All Rights Reserved 2010 - 2012 . Design And Created By: Afiq Cyber