Clik Like Sebagai Tanda Sokongan Untuk Blog Ini

Tuesday, May 24, 2011

Contest Jika DIA menjadi milikku

Jauh di lubuk hati aku terasa kesunyian yang amat nyata.
Lepas mendapat tahu dia sudah dimiliki , aku hanya terdiam tidak tahu nak buat apa
mungkin yang hanya perlu aku lakukan adalah untuk biarkan dia terus pergi
meninggalkn diriku sendiri tanpa dia tahu perasaan aku kepadanya..

Kisahnya Bermula ...

Dah lame aku pendam perasaan aku dekat dia . Pernah jugak aku bergurau
dengan dia yg aku btul2 sayang n cinta kat dia . Nada aku dekat dia adalah
satu gurauan tapi sebenarnya aku cuba untuk meluahkan yang aku btol2
dah jatuh hati dekat dia. tapi dia tak pernah tahu pun , mungkin juga la
dia anggap ini satu gurauan untuk dia kan . hurmm.

Aku cuba untuk mengenali dia dengan lebih mendalam untuk
merapatkan hubungan kami ini . Aku berharap hubungan yang terjalin ini
lebih daripada seorang rakan atau kawan baik . aku berhasrat untuk
menjadi seorang insan yang bakal berada di tahtanya .

Aku pernah tanya dekat dia , bila bufday dia . so dengan senang hati dia jawab
pada 20 March . tarikh yang aku tanya tu, 27 Feb so aku masih berpeluang
untuk menyambut Bufday dia . Bangga la plak aku kan sebab tak sabar2 nak sambut
bufday dia tu . So aku tanya la nk hadiah ape , dia cakap xpayah bagi ape2 la.
Aku cakap nak hadiahkan diri aku ni khas untuk dia , dan dia pun tanya
" Nak ke saya ni , kalau nak mesti la kena setia "
itu ungkapan dia yang aku ingat sampai now ..
Aku ajak dia tengok bulan , sebab itu mmg kegemaran aku .
Tak sangka dia ajak duk sebelah dan panggil aku " Baby "
hahaha dalam hati aku seronok sangat tapi cover la depan dia buat2 tak dengar.

Dia berada di Kuala Lumpur dan aku di Perak so kami sentiasa berhubung
melalui HP je sebab dia jarang on9 . itu tak jadi satu penghalang untuk aku
janji dapat terus berhubung dengan dia setiap hari tanpa henti. Time aku kat skola
tak tau napa aku always teringat dekat dia je . so aku bagi tau la always rindu kat dia
time kat skola . tak sangka hari seterusnya aku nak ke skola dia msg pagi tu kata
" Blaja elok2 , jgn teringatkat org lain oke kecuali saya "
Memang aku kata oke je la haha .

Entah kenapa aku beranikan diri yang aku mengaku cintakan dan sayangkan dia
Aku cakap nak couple dengan dia tapi aku bagi tempoh sehingga 7 march
sebab aku pilih tarikh tu kerana 7 january aku putus dengan ex aku . huhuhu
Dengan senang hati dia cakap dekat aku
" Awk , kalau kita dijadikan jodoh sye harap awk akn setia nan sye .. kalau
kita di takdirkan sebagai kawan saha harap kita boleh mencuba lagi oke "
Aku tersentap seketika tapi aku hanya membalas oke dan tunggu 7 march .

Sepanjang tempoh untuk dia berfikir sama ada dia nak kan saya ( sebelum 7 March )
Aku lebih rapat dengan dia walaupun sekadar msg sahaja .
Kadang2 kami mengunakan panggilan ' B ' dan ' Baby '
kadang2 jadi ' Cyg' dan ' Bby '
dan dia pernah cakap awk bersama saya oke
setiap pagi dia akan kejutkan aku dan suh aku mandi sebab berbau haha
kadang2 dia mengadu kat aku
" Awk nak taw tak tadikan ade org mntk nombor baby "
hahaha sukanya aku ^_^
Pernah la jugak aku dapat kiss dari dia walaupun dekat HP je hahaha
So dengan ini aku yakin yang aku bakal menjadi BF dia.
Sempat jugak aku nanyikan dia lagu setiap malam bila Call .

Setiap kali dia sejuk mesti dia kata nak peluk so aku ape lagi haha
Kata la meh sini nak peluk dia hahaha .
Terus je dia cakap " Sayang cyg ketat2 "
Aku ape lagi cakap la " Biasa La My Wife Kan " haha
Tapi dia betulkan plak " Actualy Bakal Wife Oke "
hahaha seronoknya aku.

Pada 7 March , Tibalah aku menanti jawapan dari dia yang dah lame aku tunggu
Dia hantar meseg dekat aku yang berbunyi
" Salam, awk sye mntk maaf sebab x dpt nk jdi tman hidup awk .. sye rasa ni yng terbaik
untuk kita sebab sye mau fokus kpda pelajaran sye dulu buat masa ni sye nak
single dulu .. sye sebenarnya cinta dan syg dkt awk tapi sye ingin dahulukan pelajaran sye.
awk , kita boleh contact2 lagi kan ?? abis exam besar ni kalau boleh
SAYA NAK ORANG KAT SANA TU ."
Itu yang dia cakap kat aku .. nampaknya cinta aku dia masih belum lagi
untuk terima seadanya . aku terpaksa untuk menerimanya..

Aku masih cubu untuk dapatkan cinta dia tu so aku cuba lagi sehingga
20 March time bufday dia . aku dah hantar pic aku bersertakan ucapan Hari Jadi kat dia
katanya dia nak sambut bufday di Melaka . wow best tu haha . Dalam Masa yang
sme aku cuba untuk bertanya sekali lagi adakah dia terima aku.
Jawapan yang diberi tetap same , masih cintakan dan sayang aku tapi bukan sekarang
masa yang sesuai untuk dia jadi milik aku sebab dia nk fokus tuk exam dia hujung tahun.

Setiap hari aku merindui dirinya sampai pada 10 April dia hantar msg kat aku
memberitahu yang dia tak lagi gunakan HP dan On9 untuk seketika .
Siapa yang tak sedih bila dapat tahu mcm ni kan so aku terpaksa terima keputusan itu
dengan berat hati . Tapi dia dh cakap suruh tunggu dia sebab dia nak aku.

Entah kenapa pada 18 May aku nak bukak profile FB dia . ape yang aku nampak
Pic dia dah bertuka so aku tengok la bila dia last on9 . Ternyata pada 14 May dia last
untuk on9 dengan mengunakan HP . aku check sekali lagi untuk kepastian
ternyata aku tak salah . Yang membuatkan aku lebih terkejut adalah
Dia sudah pun - In Relationship With Someone -

Betapa musnahnya hati aku bila aku tahu perkara ini . Aku tanya dia di FB ternyata
dia akuinya yang dia sudah berpunya dan dia kata Sory sangat2.
Dia kata dia bersalah dekat aku tapi dia dah buat macam ni kat aku .
Aku reject semua gurl yang nak kan aku sebab aku tunggu cinta dia datang kepada aku
tapi ini yang aku dapat . T_T sebuah hati yang musnah begitu sahaja..

Aku dah rancang , Kalau dia jadi milik aku . Aku akan menyanyikan lagu setiap malam
untuk dia . antara lagu yang bakal aku nanyi adalah lagu KIMIA nyanyian Emelda Ahmad
Aku akan sentiasa pastikan dia ketawa apabila dengan aku , dan aku teringin
nak buat cara percintaan orang dulu2 . macam kirimkan surat sambil letak
perfume dekat surat tu tapi semuanya musnah begitu sahaja apabila
aku tahu yang kini dia sudah berpunya . Aku macam tak percaya tapi itulah kenyataan
Yang harus aku terima dengan seadanya .. Terima Kasih Awak Buat Macam Ni

Walau ape2 pun saya cuma nak awak tahu , Yang saya sayangkan awak dan cintakan awak
sangat2 tapi awak yang musnahkan nya bukan saya . saya pegang janji awak tapi awak
yang mungkirnya so saya tak boleh nak buat ape2 dah melainkan terima ape
yang terjadi sekrang ini . hurmm Selamat Tinggal Awak .
Saya Doakan awak bahagian bersama si dia .. Thank ^_^


dekat my Friend Nami & Misz Nadea
dan juga kepada my little brother Cunie

Cerita ini adalah cerita yang sebenar yang berlaku dekat aku . Aku tak terlintas nk join contest ni
tapi aku lebih suka untuk sharekan cerita ini kat kowang semua . Thank sebab baca.
Pertama kali join contest kat blog ni . Alang2 masuk ade rezeki mntak2 menang la haha.
Kalau kowang tak percaya aku leh buktikan msg2 yang still aku simpan sampai now..
hahhaa Thank again coz sudi baca entri paling panjang aku buat ni hahaha .
Salam ^_^...


8 comments:

czueka zulaikha said...

alolo..jangan sedih2 yea ^-^
senyum sikitt :)

Afiq Cyber said...

Haha Tengah Senyum La Ni =)

l° ~❤Misz Nadea❤~°l said...

sedehnyer :(

Afiq Cyber said...

hurmm thank coz baca hehe

Mr. Uzair said...

dugaan2. biasa lah kan broo?


lawat aku punye jugak :)
http://uzairkate.blogspot.com/2011/05/jika-dia-milik-ku.html

♥ adibah mazlan ♥ said...

SAYA SEDANG BUAT PENELITIAN TENTANG KONTEZ AWAK PADA PUKUL 3:01AM 1JUNE2011
SEMOGA BERJAYA

tira+syahmie said...

swit mwit laa~
><

Afiq Cyber said...

terima kasih semua ^_^


<

My Family

Author


 

Story With You. All Rights Reserved 2010 - 2012 . Design And Created By: Afiq Cyber